Bukit Sebukor PDF Cetak E-mail
Selasa, 21 April 2009 09:51
LOJI PENAPIS AIR BUKIT SEBUKOR

Batu asas bangunan ini telah diletakkan oleh G.E.C Wisdom pada l5haribulan September 1953 semasa bekalan air dibawah pengurusan Majlis Perbandaran Kota Melaka .Jurutera yang bertanggungjawab pada masa tersebut ialah K.G.G. Buchanan dan kontraktor bangunan ialah Wong Coo Kien & Co dan telah disiapkan pada tahun 1955.Loji ini berupaya memperoses air mentah sebanyak 3 juta gelen dan telah diperbesarkan pada tahun 1963 kepada 8 juta gelen .Pembekal alat tapisan ialah Syanikat Patterson Candy Liinited dan penapis penapis air digelar “Candy Filter” .Perjalanan dan pengawalan diloji ini adalah secara manual atau kaedah biasa yang bukan automatik.


KOLAM SIMPANAN AIR JENIS BULAT

Kolam simpanan air ini dibina berhampiran dengan rumah tapisan dalam tahun 1953 .Air dan Kolam flu dibekalkan kekawasan bandar melalui paip 16” garisanpusat dan jenis besi spun dan sambongan juga telah dibuat dibelakang Gudang Getah Southern ,Jalan Batu Hanipar (dan paip lama Ayer Keroh).Peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah kejadian tanah runtuh yang telah meragut 6 nyawa pekerja pekerja sedang rnenggali dan mengorek lubang bagi pemasangan paip pembekal air bersih pada waktu tengabari yang dalanmya hampir 30 kaki.Muatan kolam ini ialah 2 juta gelen dan telah membekalkan air ke Kota Melaka dan sebabagian kawasan Majlis Daerah Luar Bandar Melaka Tengah.


STESEN PAM BATANG TIGA

Pembinaanya adalah sama tahun nya dengan pembinaan Loji Penapis Air Bukit Sebukor pada tahun 1953.Tujuan asalnya adalah bagi membekalkan air ke Kem Persekutuan Sungai Udang dan Kem Tentera di Tanjong Bruas ,Tanjong Kling.Pembelanjaan pembinaan ini dan pemasangan paip adalah ditanggung oleb Kementerian Pertahanan,Malaya.Pada tahun 1977 stesen ini telah ditutup benkutan siapnya projek bekalan air raksaksa Skim Bekalan Air Durian Tunggal.

Walaubagaimana pun pada 22 hanibulan September 1982 operasi stesen ini dijalankan semula berikutan pesatnya pembangunan sektor perurnahan dan pembukaan zon perdagangan bebas Tanjong Kling dan Tangga Batu.
Apabila pemasangan paip 15 “dan jems simen asbestos disainbungkan dan Kolam Air Bukit Asu ke Stesen Pam Tanjong Kling maka stesen ini telah ditutup pada bulan Februani 1984.