Skim Bekalan Air Melaka Alor Gajah 1922 PDF Cetak E-mail
Khamis, 16 April 2009 09:39
Usaha usaha telah dijalankan dan ditumpukan bagi membekalkan air bersih kekawasan Alor Gajah dan telah dimulakan dalam tahun 1922 berikutan dengan penubuhan Majlis Daerah Alor Gajah pada 17 Jun 1922.Walaubagaimana pun kawasan Pulau Sebang dalam daerah yang sama telah memperolehi air kegunaan harian dan Tampin ,Negeri Sembilan pada tahun 1907.

Pembinaan Bangunan Jabatan Polls dan kuarters kakitangan anggota pada tahun 1911 ,Bangunan Mahkainah Alor Gajah pada tahunl9l2,Bangunan Pejabat Daerah pada tahun 1918 dan rumah rumah kediaman Pegawai pegawal Kerajaan pada tahun 1922 membayangkan Kerajaan pada masa tersebut telah merancang bagi mendapatkan sumber sumber air yang belum terceniar seperti dan kawasan berbukit.

Sebuah kawasan tadahan air telah ditemui di Mukim Pegoh diantara Bukit Enggang dan Bukit Kukus sebelah utara Pekan Alor Gajah.Kuantiti air yang dapat disalurkan dan kawasan tersebut adalah sebanyak 200,000 gelen sehari dan ianya akan dimasukkan kethiam kolam aras rendah yang mana hanya dilakukan proses pembunuhan kuman sabaja.Kerja bagi bahagian pemasukkan air mentah,saluran paip air .mentah dan kolam air khidmat telah direkodkan siap pada bulan Ogos 1929.

Skim im merupakan yang kedua selepas bekalan air raksaksa dipelopori dan kepungan air dan Empangan Tanah ,Ayer Keroh.Kemampuan skim ini hanya dapat bertahan sehingga ketahun 1950an sahaja dimana pembangunan dan penduduk Pekan Alor Gajah bertambah lebeh lebeh lagi apabila getah menjadi rebutan pengimpot pengimpot Eropah.

Pada tahun 1932 pihak berkuasa Kerajaan Negeri Selat membuat kajian bagi mencani jalan membekalkan air kekawasan Masjid Tanah tetapi ianya tidak dapat dijalankan kerana kekurangan kakitangan. Majlis Daerah Alor Gajah bertanggungjawab dan segi pungutan bil manakala penyelenggaraan paip sesalur adalah didalam bidang kuasa Jabatan Keija Raya Negeri Negeri Selat.