|
Khamis, 16 April 2009 09:32 |
|
Mengikut tahun perlaksanaan kerja dalam projek ini ialah pada tahun 1898 iaitu bermulanya sistem perbekalan melalui sumber air baru selepas pengujudan secara rasini Bekalan Air Melaka (Malacca Waterwork, Straits Settlement) pada tahun 1893 seperti mana tarikh yang terpahat di batu peringatan di tembok merah bangunan Stadhuys Jalan Kota Melaka.
Syit Piawai “Malacca Municipal Survey” kawasan Majlis Bandaran Melaka yang dikeluarkan pada tahun 1935 menunjukkan tanah rizab laluan paip air Jabatan Air di Melaka. Pada 1.1.1887 kawasan Bandaran Melaka adalah pada keluasan 1.4 batu persegi dan pada 1.5.1925 kawasannya telah bertambah kepada 3.5 batu persegi dan kemudian beberapa tahun berikut lingkungan kawasan tadbirannya telah berada kepada 4.2 batu persegi dan sehubungan dengan in pengawasan dan pemerhatian bekalan air turut bertambah.
Keluasan Majlis Perbandaran Melaka pada tahun 1925 dan selepasnya ialah seluas 4.2 batu persegi dan pelaksanaan kerja-kerja bekalan air hanya untuk kawasan yang telah diwartakan sahaja. Projek bekalan air terawal ini adalah meliputi pembinaan kolarn air bawah tanah empat persegi di Bukit Bendera (Bkt St.Paul). Pembinaan Empangan Tanah di Kilometer 12 Jalan Ayer Keroh Lama dan kerja-kerja pemasangan paip besi tuang antara Empangan dan Bukit St.Paul sepanjang 10km (7batu).
Terdapat dua buah kolam kecil peninggalan dan bekas penapis perlahan kira kim 1.5 km dan empangan tanah. Kedua-dua kolam ini juga telah digunakan bagi membantu Melaka semasa kekurangan air pada tahun 1930’an dan 1940an. Skim bekalan air yang terulung sekali mempunyai sistem bekalan air melalui paip sesalur. Panjang paip besi tuang tiap-tiap satu ialah 11’ 2” berukuran garispusat 15” sepanjang 10km melalui kawasan kawasan rendah dan berpaya dan mengelak bukit bukau.
Sistem ini pada peringkat awalnya membekalkan air mentah yang tidak bertapis dan disimpan di dalam kolam bawah tanah Bukit St.Paul. Pada Tahun 1900 air mentah dari Empangan ini sampai ke Kota Melaka. Peralatan-peralatan dan bahan paip dari England dibawa masuk dengan kapal terbang ke Pelabuhan Lama Melaka.
Kerja-kerja penentuan dan kesesuaian projek ini telah dijalankan pada tahun 1890an lagi selepas penubuhan Jabatan Kerja Raya Negeri-Negeri Selat pada tahun 1872. Empangan yang dicadangkan merupakan sebuah hutan simpan kekal terletak dalam Mukim Bukit Katil 12KM dari Bandar Melaka. Nama lain baginya ialah Tasik Ayer Keroh berupaya menyimpan dan menampung air sebanyak 150 juta gelen (675 juta liter) yang belum diproses. Keluasan takungan ini adalah 238.28 ha (588.8 ekar).
Sungai Anak Ayer Keroh merupakan sumber utama penakungan air mentah di kawasan ini dan telah membekalkan air ke Bandar Melaka pada tahun 1900 lagi. Tembok empangan ini diperbuat dari batu lada merah yang dipahat empat persegi dan disusun dengan rapi di kawasan tebing tersebut. Batu lada merah (laterite) diperolehi dari kawasan bukit Bukit Beruang dan Bukit Piatu dipotong dan dipahat kebanyakkannya oleh tenaga kerja Orang Jawa dan Bugis. Batu-batu merah dan batu granite ini telah dibawa ke sekitar kawasan empangan dengan menggunakan kereta kuda, kereta kerbau dan kereta tolak (trolley).
Objek yang berbentuk bulat seperti kawah yang terdapat di permukaan air adalah juga dipanggil alur limpah (spiliway) berfungsi membenarkan lebihan air tasik mengalir keluar menerusinya dan memasukki semula ke dalam Sungai Anak Ayer Keroh. Tanpa objek yang dikatakan ini maka lebihan air dalam tasik akan merosakkan tebing empangan tersebut. Keluasan kawah ini adalah lebih kurang 20 kaki di permukaan atas dan dalamnya lebeh kurang 45 kaki serta tidak mempunyai anak tangga.
Bersebelahan dengan alur limpah ini terdapat dua buah menara injap digunakan bagi mengawal pengeluaran air ke Bandar Melaka. Peralatan-peralatan yang terdapat di dalamnya telah dibawa masuk dan dipasang oleh tenaga-tenaga kerja dari Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Empangan ini telah memberi khidmat kepada rakyat Melaka sehingga ke tahun 1954 dan ianya telah diberhentikan sementara waktu dan telah digunakan semula pada tahun 1970 apabila siapnya Loji Air Ayer Keroh berkeupayaan memperoses air sebanyak 0.3 juta gelen sehari sehingga ke tahun 1987. Pada bulan Februari 1991, Loji ini telah diaktifkan semula apabila krisis ketiadaan air melanda negeri Melaka sehingga 30hb. April 1991. Sumbangan air dari lokasi ini yang masih menggunakan air mentah. Tasik Ayer Keroh memben peringatan bahawa semua khazanah air perlu dijaga dan dipelihara kerana satu masa nanti kita akan mencari dan menggunakannya semula. KOLAM SIMPANAN AIR BUKIT ST. PAUL
Kolam ini diperbuat empat persegi dan batu-bata yang bermutu tinggi dan kolam jul telah dikesan sebagai sebuah takungan penyimpanan air bersebelahan Muzium Sejarah Negeri Melaka. Pada 2hb. September 1985, kedudukan kolam ini ada disertakan Iakarannya telah ditemui oleh pekerja Jabatan Kerja Raya semasa membuat anak jalan di tepi bangunan Muzium tersebut.
Kewujudannya telah menyakinkan kita bahawa usaha-usaha telah dibuat bagi menyediakan sistem perkhidmatan bekalan air domestik dan pembangunan yang tersusun di Kota Melaka menggantikan sistem perkhidmatan air perigi. Kolam ini telah dirancang dalam projek raksaksa Bekalan Air dan Sumber di Ayer Keroh kerana terdapat peralatan yang hampir serupa di kedua-dua tempat antara Empangan dan Kolam Air Bukit St. Paul ini.
Air dan kolam simpanan ini telah disalurkan kerumah pegawai pegawai kerajaan termasuk Polis dan Majisterit di Jalan Bandasah ,Jalan Kota air juga disalurkan ke Jalan Temenggong,Jalan Bukit Cina ,Jalan Bukit Gedong,Jalan Laksamana,Jalan Padang Nyiru dimana terletaknya Pejabat Pejabat Kerajaan .Keluasan bekalan dan punca ini sekitar 1.4 bath persegi sehingga ke Tahun 1930an.
STESEN PAM GALAK AYER KEROH LAMA
Dua buah Stesen Pam Galak sebuah di Km 8 ,Jaian Ayer Keroh Lama dan sebuah lagi di Km 3 ,Jalan Bath Ampar (sebelah Malaysian Cables) telah didirikan bagi membantu pengepaman air dan Tasik Ayer Keroh ke Bandar Melaka. Ininyak disel adalah sumber bahan api kepada kedua dua buah stesen pam tersebut dan salah satu dan Stesen tersebut boleh dilihat bekas tapaknya dihadapan Stadium Tertutup Ayer Kèroh.
STESEN PAM BUKIT PERINGGIT
Kediaman baru bagi pegawai pegawai kerajaan yang penting telah dibangunkan pada tahun 1922 di Bukit Peringgit dan tidak jauh dan Bandar Melaka.Kedudukanya berdekatan dengan suinber air dan Ayer Keroh berukuran paip sesalur induk 15 “di Batu Hampar maka projek ini boleh dimajukan.
Sebuah stesen pain menggunakan bahan api disel telah dibangunkan di Jalan Pantai Peninggit bagi mengepam air masuk kedalam kedua buah Kolam Simpanan Aras Rendah dan Aras Tinggi di puncak bukit tersebut. Apabila air dan Asahan samapai ke Bandar Melaka maka kawasan irii telah dibekalkan dengan air melalui percantuman saluran paip di Jalan Panjang.(Templer Avenue).
Stesen Pam ini diselanggarakan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Selat dan kemudiannya Jabatan Keija Raya Melaka selepas merdeka dan akhir sekali diambil alib oleb Lembaga Air Melaka pada lhb Oktober 1971.
Stesen Pam Pantai Peringgit mengepam air bersih keBukit Peringgit (Pringgit Hill Property),Melaka.yang telah dibina pada Tahun 1925. Sumber: En Abd Rahim
|
|
Terakhir dikemaskini Khamis, 16 April 2009 09:38 |