81f58f56ea64059f553dc6997177cab8

Permohonan bekalan air baru terbahagi kepada dua kategori iaitu:

Permohonan dari pemaju projek :

Projek-projek  perumahan, industri dan lain-lain jenis pembangunan komersil dan kerajaan.

Permohonan dibuat melalui  Jurutera Perunding yang berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Arkitek perlu mengemukakan permohonan bekalan air (meter).

Pemohon perlu menyertakan :

  • Lesen Tukang Paip (berdaftar dengan SPAN).
  • Gambar tiang meter.
  • Borang SAMB 208, SAMB 209 dan Borang Tapping.

 

Permohonan dari pengguna-pengguna individu :

Kategori ini adalah termasuk rumah kediaman atau premis seunit dan kilang sesebuah.

Permohonan dibuat  melalui arkitek / tukang paip yang berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

 

Senarai semak permohonan bekalan air baru :

 

Bil Tindakan Tandakan Catatan
1 Surat permohonan bertulis serta Borang SAMB 208,Borang SAMB 209 dan Borang ‘Tapping’    
2 1 set pelan lokasi    
3 1 set pelan tapak yang ditandakan paip PAM sedia ada dan cadangan paip servis baru    
4 1 set pelan lantai yang diwarnakan    
5 1 set pelan skimatik kerja paip    
6 1 salinan hak milik tanah yang diakuisah    
7 Surat kebenaran tuan rumah (jika nama berlainan daripada nama pemohon)    
8 1 salinan kad pengenalan    
9 1 salinan surat kelulusan pelan bangunan dari Pihak Berkuasa Tempatan    
10 No.akaun berdekatan/no.meter air berdekatan    

 

Jadual pembayaran cagaran permohonan.

 

 

PERMOHONAN BEKALAN AIR

 

  1. KADAR CAGARAN

 

TARIF KADAR CAGARAN (RM) JENIS PREMIS/PERNIAGAAN
 01   50.00 RUMAH PPRT / FLAT / RUMAH KOS RENDAH
70.00 BANGLO / RUMAH KAMPUNG /UNIT RUMAH PANGSA /RUMAH TERES 1 & 2 TINGKAT

/BERKEMBAR / KUATERS /KONDO

100.00 RUMAH 2 TINGKAT
100.00 DEWAN SERBAGUNA / BILIK GERAKAN
 02  200.00 RUMAH KEDAI (1) TINGKAT
300.00 RUMAH KEDAI (2) TINGKAT / BERBILANG TINGKAT / KANTIN
2,000.00 HOTEL / KILANG / KONDOMINIUM (MASTER METER) / BEKALAN METER PUKAL BARU
06 100.00 RUMAH IBADAH / ORGANISASI TANPA UNTUNG
12 750.00 KIOS AIR
03 100.00 INSTITUSI KERAJAAN
Permohonan Bekalan Air Baru

8 thoughts on “Permohonan Bekalan Air Baru

  • 27th October 2016 at 6:15 am
    Permalink

    air rumah teres saya dah kena potong sebabnya tak duduk rumah dan tak bayar lebih setahun…bagai mana cara nak sambung semula?dan berapa kos?

    • 7th December 2016 at 6:57 am
      Permalink

      Terima kasih atas pertanyaan tuan/puan. Untuk makluman, mana-mana akaun yang telah dipotong melebihi 1 tahun pihak tuan/puan perlu mohon melalui tukang paip yang berdaftar dengan SPAN. Pihak tuan/puan, boleh rujuk Website SAMB untuk senarai tukang paip. Sebarang pertanyaan pihak tuan/puan bolhe hubungi talian beas tol 24 jam kami 1800-88-5800.

  • 7th November 2016 at 1:31 pm
    Permalink

    tanah kosong nak mohon air baru harga berapa?

    • 7th December 2016 at 6:53 am
      Permalink

      Terima kasih atas pertanyaan tuan/puan. Bayaran untuk meter baru bagi rumah kediaman seperti berikut;

      1) Rumah Kos Rendah : RM50.00
      2) Rumah Kampung/Rumah Pangsa/Kuarters/Rumah Sebuah : RM70.00
      3) Rumah Teres 2 tingkat/Banglo 2 tinkat/Berbilang tingkat : RM100.00.
      4) Banglo 1 Tingkat : RM70.00
      5) Rumah Kembar 2 Tingkat : RM100.00.

  • 28th November 2016 at 10:06 am
    Permalink

    Just now my new tanant want to apply new water meter, but I no understand why so difficult? Because 5 years ago already cut the meter. of course cut the meter because nobody use, of course to cut.
    so how, what my new tanent can do?

    • 7th December 2016 at 8:08 am
      Permalink

      Dear Sirs/Madam,

      For your kind information, any account that has been barred for 1 year or more, kindly make a new application through authorised piper registered under Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Should you have any further clarification, please do not hesitate to contact our 24 hours infoline 1800-88-5800.

  • 5th December 2016 at 1:07 am
    Permalink

    Selamat Pagi , kalau nak tambah lagi satu bekalan air baru di kedai apakah document yang perlu sediakan. Terima kasih

    • 7th December 2016 at 6:37 am
      Permalink

      Terima kasih atas pertanyaan tuan/puan. Untuk makluman, permohonan meter baru dokumen yang diperlukan seperti berikut;

      1) Salinan Sale & Purchase Agreement (SPA)/ Tenancy Agreement;
      2) Borang SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
      3) Borang 24, 44 & 49 Syarikat;
      4) Salinan Kad Pengenalan “Board of Director”;
      4) Anggaran Deposit RM200.00 (bergantung kepada jenis perniagaan)

      Sebarang pertanyaan mohon hubungi talian bebas tol kami 1800-88-5800.

Comments are closed.