paip-air

Pemotongan bekalan air terbahagi kepada dua iaitu :
Pemotongan Atas Permintaan:
1. Dilaksanakan apabila pengguna memohon untuk menamatkan bekalan air.
2. Perlu menjelaskan semua bil tertunggak sebelum akaun ditamatkan.
3. Dokumen yang diperlukan :
• Salinan kad pengenalan pemohon atau surat kebenaran (serah kuasa)
• Resit asal cagaran (jika ada)
Pemotongan Atas Tunggakan:

1. Notis bertulis akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari sebelum pemotongan dilaksanakan.
2. Semua bayaran hendaklah dijelaskan dimana-mana kaunter kutipan SAMB sahaja
3. Bayaran penyambungan akan dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan

 

A. KADAR CAS-SAIZ METER

METER MOHON BARU/TUKAR NAMA(RM) PEMOTONGAN (RM) SAMBUNG SEMULA (RM) UJI METER

(RM)

CAJ METER HILANG

(RM)

D-1/2” 13mm 40.00 35.00 35.00 50.0 72.00
B-3/4” 20mm 40.00 35.00 35.00 50.0 132.00
C-1” 25mm 40.00 35.00 35.00 50.0 300.00
E-2” 50mm 40.00 35.00 35.00 50.0 860.00
W-2” 50mm 40.00 35.00 35.00 50.0 855.00
H-4” 100mm (60) 80.00 50.00 50.00 200.00 980.00
R-4” 100mm (60) 80.00 50.00 50.00 200.00 2,175.00
G-4” 100mm (60) 80.00 50.00 50.00 200.00 1,090.00
101mm-150mm 100.00 100.00 100.00    
Lebih 151mm 120.00        
NOTIS BAGI PEMOTONGAN BEKALAN AIR 3.00

 

Pemotongan Bekalan Air

3 thoughts on “Pemotongan Bekalan Air

  • 6th October 2016 at 6:09 am
    Permalink

    as salam
    ada cara online tak untk kita nak check bil bulan bila yang tertunggak?

    • 11th October 2016 at 4:45 am
      Permalink

      Wasalam. kami tidak menyediakan talian online untuk check bil tertunggak. Anda boleh menghubungi SAMB 1 CENTRE untuk mendapatkan meklumat bil tertunggak. Sekian Terima Kasih

    • 7th December 2016 at 6:59 am
      Permalink

      Terima kasih atas pertanyaan tuan/puan. Untuk makluman, Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) tiada sistem untuk semak bil air secara atas talian (on-line), pihak tuan/puan boleh hubungi talian bebas tol 24 jam kami 1800-88-5800. Mohon maaf atas kesulitan.

Comments are closed.