medium-small

Melindungi Kawasan Tadahan Air Adalah Tanggungjawab Kita Bersama

Kepentingan Air untuk Kehidupan

Air adalah keperluan penting untuk hidup. Bayangkan hidup anda tanpa air? Namun tidak semua air digunakan oleh manusia. Air perlu dijaga dan dirawat agar selamat diminum.

Apa itu Kawasan Tadahan Air?

Kawasan tadahan air ialah kawasan air yang ditampung secara semula jadi melalui landskapnya.Air hujan dan air yang dialirkan keluar dari kawasan ini akan mengalir ke dalam tasik, sungai dan laut.

Kawasan tadahan air membekalkan sumber air mentah, kawasan rekreasi, habitat tumbuhan dan haiwan serta flora dan fauna, pengairan dan industri perikanan.

Tahukah Anda?

Permintaan bekalan air semakin meningkat sejajar dengan pertambahan penduduk. Namun sumbar air mentah semakin berkurangan akibat pemusnahan kawasan tadahan air, pencemaran sungai, kemarau dan pembalakan haram. Ini menyebabakan kuantiti air mentah berkurangan dan kuantiti air mentah berkurangan dan kuantitinya tercemar, dan seterusnya mengakibatkan kos rawatan air yang lebih tinggi.

Apa yang Anda Boleh Lakukan?

Kita harus bertindak melindungi kawasan tadahan air dan sumber air mentah agar dapat menikmati bekalan air yang berterusan pada masa kini dan generasi yang akan datang. Antara tindakan yang boleh kita lakukan ialah;

  • Jangan cemarkan sungai dengan sampah sarap, bahan buangan kimia dan minyak enjin terpakai.
  • Gunakan jenis detergen atau sabun yang boleh dibiodegradasikan.
  • Kekalkan kehijauan alam flora.
  • Laporkan kegiatan pembalakan haram, pencemaran sungai dan sebagainya.
Kepentingan Sumber Air