Post-Image-2

POLISI KUALITI SYARIKAT

Memenuhi keperluan pelanggan serta mengamalkan penambahbaikan berterusan melalui perkhidmatan berikut:

  • Bekalan air yang bersih dan selamat
  • Taraf perkhidmatan yang baik
  • Khidmat pelanggan yang cekap dan mesra

POLISI ALAM SEKITAR

Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) sebagai syarikat pengeluar dan pembekal air bersih yang tunggal di Melaka, bertekad dan berusaha untuk memperbaiki secara berterusan ke arah pencegahan pencemaran dan pembangunan alam sekitar melalui Sistem Pengurusan Alam Sekitar dimana SAMB :

  • Mematuhi peruntukkan akta, peraturan dan keperluan-keperluan lain mengenai alam sekitar.
  • Mengoptimakan penggunaan elektrik, bahan kimia dan sumber semulajadi.
  • Meminimumkan pelepasan bahan pencemar ke persekitaran melalui proses kitaran semula.
  • Mengelakkan sebarang insiden ataupun kemalangan.
  • Meningkatkan kesedaran dan komtesensi warga kerja dan kontraktor terhadap aspek alam sekitar melalui budaya kerja , latihan dam penyampaian maklumat.

POLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN

SONY DSC

Adalah menjadi polisi Syarikat Air Melaka Berhad untuk memperlengkapkan Jabatan ini supaya semua kakitangan mempunyai suasana kerja yang selamat dan sihat. Dengan semangat berpasukan dan kerjasama di antara pihak pengurusan dengan kakitangan berganding bahu berusaha untuk mencapai objektif dan tahap keselamatan yang telah ditetapkan. Untuk itu, tanpa prejudis, polisi Syarikat Air Melaka Berhad ialah:

  • Mengadakan dan mengekalkan sistem serta tempat kerja yang selamat.
  • Memastikan semua kakitangan diberitahu, dibimbing, dilatih dan diawasi tentang bagaimana untuk melaksana dengan selamat tanpa mendatangkan risiko terhadap kesihatan.
  • Memastikan semua pelawat dan kontraktor yang berurusan di semua Instalasi SAMB mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.
  • Menyiasat setiap kemalangan dan membuat pembetulan untuk mengelakkan kemalangan dari berulang.
  • Mematuhi semua tuntutan keselamatan dan kesihatan seperti mana yang termaktub di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994, peraturan yang diwujudkan dibawahnya dan kod amalan yang diiktiraf.
  • Meningkatkan tahap keselamatan dan latihan secara berterusan;
  • Menilai semua polisi semasa dan ubahsuai bila perlu mengikut kesesuaian.

 

Polisi-Polisi SAMB